Breaking News

INFO | MLM TIPU ORANG.

Selamat malam semua, dalam dingin malam Sinar'S dok berfikir nak buat entry apa malam ni. Tetiba ada lak rakan-rakan dalam wechat post pasal satu program MLM tu. Sampai gunakan wechat untuk promosi, Dahsyatnya penangan MLM.

MLM penipu


Ok. Mari kita mengenal apa itu MLM. MLM adalah singkatan bagi Multi Level Marketing yang dalam bahasa kita kenal ialah sistem piramid dalam perniagaan.

MLM ni tipu ke??? soalan yang selalu ditanya oleh ramai orang termasuk diri Sinar'S sendiri. Bagi yang pernah terjebak dalam dunia MLM ni bagaikan satu fobia mendengarkan nama MLM itu sendiri.

Sistem MLM yang bagaikan piramid sudah menggambarkan bahawa sekali anda terjebak, maka anda haruslah berusaha keras untuk rangkaian atasan anda. Bagi kita orang Islam tentulah haram jika mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Tapi tak semua akan berfikiran seperti itu.

Bagi  yang belum terjebak Sinar'S mohon jangan membabitkan diri dalam dunia MLM, kerana MLM adalah satu cabang daripada Skim Cepat Kaya yang dahulu pernah menggemparkan tanahair kita yang tercinta ini. Cuma modus operandinya sedikit berbeza sekarang tapi objektifnya tetap sama. Tolong orang tipu orang. Tolong orang diatas, tipu orang dibawah.

Sinar'S amat mengharapkan pembaca-pembaca sekalian meninggalkan komen selepas artikel ini agar ramai yang diluar sana dapat mengetahui kebenaran sesebuah perniagaan yang berlandaskan MLM di luar sana.
Perkongsian sebegitu dapat menyelamatkan ramai di luar sana. Tinggalkan info yang bermanfaat untuk semua.

Nak lebih faham tengok gambar ni.

MLM tipu

P/s Senang citer semua MLM adalah pembohong besar dalam mencari keuntungan segera.

No comments

Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...