Breaking News

SELEBRITI | MATYO DIPERSENDA.

Gambar yang mempersendakan Matyo

Apa salah Matyo sehingga beliau dihukum sebegini. Hanya kerana beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini maka beliau dipersenda sebegini rupa.

Sinar'S sedia maklum kemarahan yang membuak-buak di hati semua penyokong-penyokong JDT tapi hendaklah kita terima hakikat yang sudah menjadi adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang.

Dan kita juga harus menerima kekalahan dengan mengatakan yang pihak lawan bermain lebih baik pada malam itu. Janganlah kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti pada malam itu segala kudrat yang dicurahkan oleh Matyo dilupakan begitu sahaja.

Sinar'S berharap agar Matyo dapat memulihkan semangat beliau secepat mungkin demi masa depan bolasepak JDT.

Akhir kata. Majulah sukan untuk negara.

P/s Hindari rasuah

No comments

Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...