SUKAN | PAHANG JULANG PIALA MALAYSIA 2014
![]() |
FINALIS PIALA MALAYSIA 2014 |
Itulah yang wajar dikatakan setelah skuad bolasepak pahang berjaya merangkul piala keramat Piala Malaysia bagi tahun 2014. Bagaimanapun tahniah juga diucapkan kepada skuad JDT kerana mempamerkan aksi yang bertenaga untuk tempoh 120 minit perlawanan yang berakhir dengan sepakan penalti.
Sinar'S ingin mengulas sedikit tentang perlawanan yang melibatkan gergasi bolasepak Malaysia ini.
Segalanya tampak seimbang apabila Pahang mendahului dan kemudiannya disamakan kedudukan oleh JDT. Namun semuanya seakan berakhir buat pahang apabila seorang pemain Pahang dilayangkan kad merah.
Sinar'S mendapat maklumbalas yang hebat daripada penyokong-penyokong JDT yang tidak dapat menerima tindakan Amri Yahyah yang dikatakan berlakon melebihi batasan. Hanya kerana tindakan itu kebanyakan sokongan beralih kepada pasukan Pahang dan pasukan Pahang dapat menyerap tekanan demi tekanan dan akhirnya berjaya menewaskan JDT 5-3 melalui tendangan penalti.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada skuad TOK GAJAH
P/s Lang Merah tetap dihati Sinar'S
No comments
Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...