Breaking News

INFO | GST DARI VERSI KERAJAAN.

Selamat petang semua Blogger dan pembaca sekalian. Semalam Sinar'S ada kupaskan GST versi rakyat, hari ini jom kita terjah GST versi kerajaan pula.

Dari versi kerajaan setelah Sinar'S whassap dan wechat disamping menterjah portal-portal kerajaan tentang GST maka rumusan yang Sinar'S dapat adalah seperti berikut.


  1. GST menguntungkan kerajaan.
  2. GST tidak membebankan rakyat.
  3. GST hanya pada golongan peniaga.
  4. Menjadi kesalahan besar sekiranya peniaga mengambil margin 6% daripada rakyat ataupun pembeli.
Mohon pembaca faham ini adalah VERSI kerajaan.

Nak tahu VERSI rakyat sila klik pada GST VERSI RAKYAT

Tapi yang Sinar'S takutkan adalah kerajaan berupaya untuk memantau segala kegiatan yang dilakukan oleh pembekal, pemborong dan peniaga. Sebab kita diajar melalui teladan, kita tak salahkan kerajaan sepenuhnya sebab mentaliti kita rakyat Malaysia adalah tamak, suka menangguk dia air yang keruh, menindas dan mahu kaya dengan cara yang cepat.

Benar atau tidak, renungkan bersama, minyak naik 20 sen, gula naik 20 sen sekilo. cuma yang kita tak boleh nak terima sekilo gula boleh bancuh 20 cawan teh. Tapi kenapa secawan teh naik 20 sen juga. Sikap dan mentaliti kitakah yang menindas bangsa sendiri ataupun mahu kaya cepat sama-sama kita renungkan. Ni baru kes secawan teh, berapa banyak kedai-kedai minum seluruh Malaysia, dapatkah kerajaan pantau sepenuhnya.

Ok berbalik kepada GST, Sinar'S sertakan bukti congakan kerajaan di sini.

GST untuk rakyat

GST untuk semua
P/s Nak tahu keberkesanan atau kegagalan GST, kita tunggu bulan April nanti.

No comments

Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...