TUTORIAL | APA ITU BLOG.
Apa itu BLOG |
Apa itu blog dalam definisi yang betul? Oh jem. Sinar'S pun tak berapa pasti.
Definisi blog bergantung pada blogger itu sendiri.
Ok. jom kita bercerita apa itu BLOG.
Blog boleh dikatakan sebagai diari kepada seseorang, boleh juga dikatakan tempat untuk berkongsi maklumat dan boleh juga dikatakan punca pendapatan kepada blogger.
Ada yang suka-suka untuk berblog nak kongsi pengalaman hidup, ada yang berblog untuk menyampaikan kepada umum sesuatu yang difikirkan sesuai bagi dirinya. Ada pula yang berblog untuk mencari pendapatan.
Sebelum berblog anda haruslah menetapkan apa yang anda kehendaki seperti Blog Diari, Blog Komuniti, Blog Duit.
Ramai yang terkeliru dalam menetapkan jenis-jenis blog yang mereka kehendaki, dan akhirnya jadi Blog syok sendiri macam blog Sinar'S ni.sedey ar camni.
Ramai dari kaum wanita lebih sukakan Blog yang berbentuk diari yang menceritakan perihal diri mereka dan aktiviti mereka, Blog seperti ini tidak memerlukan SEO yang optimum kerana ianya untuk peribadi, Ada yang berblog untuk komuniti yang memerlukan SEO yang optimum untuk berkongsi dengan orang ramai. Dan Blog untuk pendapatan memerlukan SEO yang paling tinggi dan trafik yang tinggi untuk menjana pendapatan.
Tips untuk Blog akan Sinar'S tulis selepas ini sebab blog Sinar'S pun masih mentah lagi, tapi akan Sinar'S kongsikan apa yang Sinar'S mampu dalam bahasa yang paling mudah.
Jadi untuk yang diluar sana, tetapkan jenis blog yang anda kehendaki dan berusaha ke arah itu.
Jika memerlukan kod-kod yang sukar didapati bolehlah tinggalkan permintaan pada ruangan komen di bawah.
P/s Berblog suka-suka untuk keseronokan. Share is Love
No comments
Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...