Breaking News

BERITA | DATO ABD AZEEZ RAHIM "The Jewels Of Muslim World Award"

The Jewels Of Muslim world Award
KUALA LUMPUR, 11 Nov - Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim di anugerahkan The Jewels Of Muslim World Award oleh majalah The OIC Today.

Datuk Sri Abdul Azeez merupakan Pengerusi Tabung Haji serta Ahli Parlimen Baling dipilih untuk menerima Anugerah berkenaan bersama 8 lagi penerima lain.
Anugerah tersebut diberi sempena 5th OIC World Biz 2014 yang berlangsung di PWTC dari 10 - 14 November.

Menurut Datuk Sri Azeez, "Semangat kesukarelawan,semangat gotong-royong yang patut kita praktikkan untuk membantu ummah diseluruh dunia tanpa mengira agama mahupun landasan politik."
Kelab Putera 1 Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Azeez sendiri telah menjalankan pelbagai program misi bantuan kemanusiaan ke serata dunia bagi membantu dalam misi menyalurkan ubat-ubatan dan makanan ke negara yang memerlukan bantuan seperti Gaza,Somalia dan banyak lagi.

"Tahniah ini bukan buat saya,tahniah ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan,yang telah memberi peluang kepada kami Kelab Putera 1Malaysia untuk melaksanakan misi-misi dari negara termaju seperti Jepun, Australia New Zealand sehinggalah negara paling mundur yang perlu bantuan dan sokongan seperti Somalia, Palestin dan sebagainya,inilah yang kita akan teruskan."

Tambah Datuk Sri Azeez,"Suntikan semangat dan inspirasi kepada Kelab Putera1 Malaysia dan biro kebajikan Umno Malaysia untuk terus berada di barisan hadapan untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum,agama, etnik dalam konteks kesukarelawan dan kemanusian."

Turut menerima anugerah berkenaan selain beliau adalah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ibrahim Nehramli, Presiden Avesta Concern, Abdul Rahim Hassan, Ketua Setiausaha Federation of GCC Chambers, Rushdi Siddiqui, pengasas Zilzar Tech Sdn Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad, Pengerusi Felda, Dato Siti Nurhaliza Tarudin, Presiden Simply Siti Sdn Bhd dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Permodalan Nasional.

Penerima anugerah berkenaan telah dipilih secara teliti dalam konteks berjasa dan mempunyai kemampuan di dalam menerajui perniagaan dia dalam dunia Islam dan mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan modal insan serta pembangunan negara.

P/s Tahniah Dato dari Penduduk Baling.

No comments

Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...