Breaking News

INFO | CERITA TENTANG CELCOM.

Telco Celcom.
Assalamualaikum Wbth, hari ini tengah fikir nak buat entry apa, Dalam berfikir sibuk tukar sim sana sini sebab nak melayari internet. Puas juga la pakai sim itu ini. cara itu cara ini, akhirnya boleh juga online.

Cerita tentang celcom, kat Malaysia ni siapa yang tidak mengenali syarikat Telco terkenal ni. Dari pedalaman hingga ke bandar, dari biasa ke hantu biru yang luar biasa, dan dari kebocoran sistem ke keampuhan sistem yang telah ditingkatkan.

Topik paling hangat pasal Celcom ini sampai sekarang ni ialah Ghost. Ya, surf percuma tiada limit, siapa yang tak mahu kan, Sampaikan ramai yang menangguk di air yang keruh akibat kecelaruan sistem yang dihadapai oleh server Celcom itu sendiri, Peluang menjana duit secara HARAM digunakan sepenuhnya oleh pengedar-pengedar yang dilantik oleh Celcom itu sendiri sebenarnya. Tapi yang paling teraniaya ialah orang-orang biasa macam kita ini yang mahukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya.

Jadi sekarang sebab nak "COVER" balik kerugian yang Celcom alami, jadi yang terpaksa menanggung beban semua ialah pengguna Celcom, nak bercakap dengan operator pun dikenakan 50 sen.
Ini disebabkan semua syarikat Telco di malaysia terpaksa membayar kepada Telekom Malaysia Berhad khususnya per bandwidth. Apa itu bandwidth?

Bandwidth ialah kaedah yang digunakan bagi mengukur bilangan data dan maklumat, dan ianya diukur dalam unit bit per second / saat.

Bila terjadi kebocoran, maknanya penggunaan tiada limit ataupun Unlimited, Celcom terpaksa membayar lebih dari yang sepatutnya. Jadi relevanlah Celcom menaikkan kadar caj dan mengenakan caj yang lain untuk memastikan margin keuntungan dapat dikembalikan semula.

Korang ingat aku nak bagi trik-trik nak bypass kuota ke. Hadoi... sudah-sudah la tu. Cuma sekarang ni aku x berapa suka kat Celcom ni sebab kuota masih banyak dah cap speed dah. Hangin satu badan, Terpaksa la juga ikut jalan belakang. Lau tak, takde entry la malam ni.

Malas pula rasa nak bebel lebih-lebih, lain la jadinya nanti.
Serba sedikit tentang Celcom aku bagi kat bawah ni.
  1. Rangkaian terbesar di Malaysia.
  2. Setakat ini, masih lagi murah dengan Plan-Plan Hebat.
  3. Dah habis kuota kena cap - Jangan harap nak bypass selagi ada PPU.
  4. Pengedar-pengedar akan dipantau selepas ni.
  5. Aku dah meluat dah dengan Celcom.
Tu je la yang aku nak cakap, harap TM GO tak sampai lagi kat kawasan aku. Kalau tak dah lama dah aku cabut dari Celcom ni.

Nak tahu tentang TM GO Broadband 4G dari Telekom Malaysia Sdn Bhd baca kat SINI

P/s Sinar'S agak kasar sikit malam ni.. maafkanlah diri Sinar'S


No comments

Dah Baca Tu, Jangan Segan Silu Pulak Nak Komen Kat Bawah Ni...